`Hati manusia itu telalu ganas`katanya. Seperti juga kata-kata RasulAllah, `berhati- hatilah terhadap seketul darah yang bernama hati`. Katanya lagi, kamu boleh pergi kemana jua, kamu juga boleh berlari mengikut hatimu mencari apa yang kamu mahukan, asalkan kamu tidak akan lupa siapa milikmu, maka kamu akan selamat. Dan harus kamu ingat, dunia ini terlalu macam-macam, ia bisa juga membutakan kamu. Asalkan kamu ingat siapa milikmu, Insyaallah, kamu akan berada di dalam golongan orang-orang yang mendapat perlindunganNya. Pesannya lagi penuh kasih sayang. `Satu lagi yang kumahu kamu sentiasa ingat, andai kamu gagal di dalam pencarianmu, pulanglah kesini. Aku tetap disini menantimu penuh rindu`.
`Bagaimana harusku tahu, hati ku itu sentiasa benar? tanyaku yang masih lagi tidak mengerti.
Hatimu perlu bersih wahai anakku, nescaya kamu akan berada dijalan yang benar. Jawabnya sambil memandang kasih mataku. `Bagaimana harusku pastikan hati ku ini sentiasa bersih? Dan, bagaimana pula ku dapat mengenal andai hati ini kotor? tanyaku lagi. Masih tersenyum, die menjawab, ` Kamu telah kubekalkan dengan Al-Kitab sejak kamu dihantar kedunia ini. Malah kamu juga telah dibekalkan dengan daya pemikiran yang menjadikan kita manusia makhluk yang mulia. Maka gunakanlah apa yang telah dianugerahkan padamu itu sebagai panduan, wahai anakku`,terangnya. Sekarang, pintalah doa pada Pencipta sebelum kamu berangkat. Moga- moga perjalanan mu penuh berkat. Sempat ia berdoa kepada ku sebelum menghantarku pergi pergi dengan penuh senyuman.
Aku memulakan perjalananku tanpa menoleh melihatnya, kerna khuatir, takkala melihat air matanya, hati lemahku rapuh untuk terus berjalan. Dari saat itu, aku berazam untuk tidak akan berhenti berjuang, agar suatu hari nanti aku dapat pulang membawa kemenangan buatnya.
******************************************************************************
Friday, February 5, 2010
Friday, January 29, 2010
cintamu membawaku kepadaMU....
assalamualaikum.....
salam sejahtera kepada RasulAllah S.W.T, dan kepada sahabat2 baginda dan juga kaum keluarga baginda.
setelah sekian lame mengikuti blog2 teman2,akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencipta blogku sendiri.moga2, ianya tidak membawaku kepada perkara yang sia sia.
aku hanyalah manusia kerdil,makhlukNya, yg seringkali alpa pada kewajiban. aku hanya mahukan ketenangan, hati yang ikhlas lg bersih. kerana hati itu,punca segala sesuatu. dan aku inginkan cintaNya, kumahu bertemu hidayahNya, dan semoga, dgn CINTA yang kau berikan padaku, ia dapat membuatkan ku hampir padaMU...amin YA ALLAH...

Subscribe to:
Posts (Atom)